Memahami Warna RGB dan CMYK – Kenapa Warna Hasil Cetak Lari Sedikit Dari Paparan Skrin?

Print
Kongsikan

Pernah tak anda perasan, warna design yang nampak cantik dan terang di skrin jadi sedikit pudar atau berbeza bila dicetak? Itu perkara biasa dalam dunia percetakan, dan sebab utamanya ialah perbezaan antara warna RGB dan CMYK.

Apa Itu Warna RGB?

RGB bermaksud Red, Green, Blue (Merah, Hijau, Biru). Ia digunakan untuk paparan digital seperti skrin komputer, telefon, dan TV.

Skrin menghasilkan warna dengan cahaya, jadi warnanya nampak lebih terang dan bercahaya.

Contoh: Jika anda membaca artikel ini , melihat phone, komputer, notebook dan menonton tv warna dipaparkan adalah warna RGB.

Apa Itu Warna CMYK?

CMYK bermaksud Cyan, Magenta, Yellow, dan Key (Black). Ia digunakan dalam proses percetakan fizikal seperti digital print, offset, atau inkjet.

Berbeza dengan skrin, printer tidak memancarkan cahaya, sebaliknya mencampur dakwat untuk menghasilkan warna. Sebab itu warna cetakan biasanya nampak sedikit kusam atau lembut berbanding warna di skrin.

Kenapa Warna Tak Sama Antara Skrin dan Cetakan?

Mod warna berbeza – Skrin guna RGB, printer guna CMYK.

Cahaya vs dakwat – RGB berasaskan cahaya, CMYK berasaskan dakwat.

Jenis kertas & mesin cetak – permukaan kertas, jenis dakwat, dan kalibrasi mesin juga boleh mempengaruhi tona warna.

Cara Dapatkan Warna Cetakan Yang Tepat

Gunakan mod CMYK semasa mereka design untuk cetakan.

Elakkan warna terlalu neon atau terang (contohnya hijau lime atau biru elektrik) kerana warna tersebut sukar diterjemahkan dalam CMYK.

Kesimpulan

Warna RGB dan CMYK memang berbeza kerana ia digunakan untuk dua tujuan berbeza — RGB untuk paparan digital, manakala CMYK untuk hasil cetakan sebenar. Jadi apabila warna design kelihatan sedikit berbeza selepas dicetak, itu bukan kesilapan mesin, tetapi perbezaan semula jadi antara dua sistem warna ini.

Contoh Ringkas

Skrin / Telefon

Mod Warna: RGB

Jenis Warna: Terang & bercahaya

Kegunaan: Design digital

Cetakan

Mod Warna: CMYK

Jenis Warna: Lembut & semulajadi

Kegunaan: Printing sebenar

Untuk mendapatkan hasil warna terbaik dan mengelakkan isu cetakan, sila buat design menggunakan mode warna CMYK. Gambar di bawah menunjukkan contoh warna untuk paparan screen (RGB) dan design menggunakan warna RGB, beserta hasil cetakan (CMYK)
RGB VS CMYK
RGB
CMYK
Merah RGB: #FF0000 → CMYK: #E60000
Anggaran CMYK: C:0% M:100% Y:100% K:10%
RGB
CMYK
Kuning RGB: #FFFF00 → CMYK: #FFEA00
Anggaran CMYK: C:0% M:10% Y:100% K:0%
Picture of Editor X Raya

Editor X Raya

Blog ini menyediakan tips design untuk percetakan Sampul Raya, serta info berkaitan Hari Raya di Malaysia, bagi memastikan sambutan Syawal anda lancar, meriah, dan penuh makna.

Semua Artikel
More To Explore