Print Kalendar Kuda 2027
Ingin tempah kalendar 2027 untuk promosi syarikat atau hadiah kepada pelanggan? Pilih servis print Kalendar Kuda 2027 dengan custom header, tersedia dalam versi Racing Horse dan Islamic Calendar serta 3 pilihan saiz.
Tempah Kalendar Kuda 2027 Dengan Custom Header Printing
Nak print Kalendar Kuda 2027 untuk syarikat, kedai, organisasi atau hadiah kepada pelanggan? Thrive Impact Resources menyediakan Kalendar Kuda dan Kalendar Islamic 2027 dengan custom printing pada bahagian header, manakala bahagian content kalendar menggunakan layout ready-made.
Pilihan Saiz Calendar Kuda & Islamic 2027
Tiga pilihan saiz disediakan untuk memenuhi keperluan bajet, ruang paparan dan branding yang berbeza.
150mm × 150mm
Saiz kompak yang sesuai untuk pemberian kepada pelanggan, kedai, pejabat dan promosi dalam kuantiti besar.
206mm × 230mm
Ruang paparan lebih besar untuk logo, branding, nombor telefon dan maklumat syarikat.
260mm × 265mm
Pilihan terbesar untuk calendar printing yang lebih menonjol apabila digantung di rumah, pejabat atau premis.
Material Kalendar
Material Header
Bahagian header boleh dicetak dengan custom design mengikut identiti syarikat anda.
Kemasan UV Varnish memberikan permukaan yang lebih licin, berkilat dan membantu artwork kelihatan lebih kemas.
Material Content
Bahagian content Kalendar Kuda dan Islamic menggunakan layout ready-made.
Pelanggan hanya perlu menyediakan artwork untuk bahagian header dan tidak perlu mereka bentuk keseluruhan content 12 bulan.
Apa Yang Boleh Custom?
Untuk produk ini, bahagian header sahaja boleh custom design. Bahagian content kalendar menggunakan artwork ready-made.
Maklumat Yang Boleh Diletakkan Pada Header
Tarikh, susunan bulan dan kandungan utama adalah ready-made untuk mempercepatkan proses tempahan.
Ciri-Ciri Kalendar Kuda 2027
Kandungan ready-made direka untuk kegunaan harian pengguna Malaysia.
Tarikh Cuti Malaysia
Tarikh cuti umum Malaysia dan cuti persekolahan dipaparkan untuk memudahkan perancangan sepanjang tahun.
Zodiak Cina
Versi Kalendar Kuda mempunyai baris Zodiak Cina seperti yang lazim digunakan pada kalendar kuda di Malaysia.
Bulan Hijriah
Kalendar Kuda dan Islamic turut memaparkan bulan Hijriah sebagai rujukan tarikh Islam.
Waktu Solat Hari Jumaat
Versi Islamic Calendar 2027 turut menyediakan maklumat waktu solat hari Jumaat.
Perforation Line
Setiap helaian mempunyai perforation line supaya lebih mudah dikoyakkan apabila bertukar bulan.
UV Varnish Header
Custom header menggunakan kemasan UV Varnish untuk memberikan penampilan yang lebih kemas dan berkilat.
Pilihan Racing Horse & Islamic Calendar 2027
Racing Horse Calendar 2027
Format Kalendar Kuda klasik yang biasa digunakan oleh perniagaan, kedai dan organisasi di Malaysia.
Islamic Calendar 2027
Pilihan kalendar dengan maklumat bulan Hijriah dan waktu solat hari Jumaat untuk kegunaan pengguna Muslim.
Harga Print Kalendar Kuda 2027
Harga mengikut saiz dan jumlah tempahan.
150 × 150mm
| Kuantiti | Harga |
|---|---|
| 50 pcs | RM137 |
| 300 pcs | RM357 |
| 500 pcs | RM565 |
| 1,000 pcs | RM1,086 |
| 5,000 pcs | RM4,830 |
| 10,000 pcs | RM8,610 |
206 × 230mm
| Kuantiti | Harga |
|---|---|
| 50 pcs | RM168 |
| 300 pcs | RM607 |
| 500 pcs | RM962 |
| 1,000 pcs | RM1,642 |
| 5,000 pcs | RM7,119 |
| 10,000 pcs | RM13,020 |
260 × 265mm
| Kuantiti | Harga |
|---|---|
| 50 pcs | RM191 |
| 300 pcs | RM712 |
| 500 pcs | RM1,041 |
| 1,000 pcs | RM1,873 |
| 5,000 pcs | RM8,337 |
| 10,000 pcs | RM14,595 |
Perlukan kuantiti lain? Hubungi kami untuk sebut harga berdasarkan jumlah tempahan anda.
WhatsApp Untuk QuotationTempoh Siap Printing Kalendar
Tempoh pengeluaran bergantung kepada kuantiti, status artwork, jadual production dan jumlah tempahan semasa.
Tempahan lebih awal digalakkan terutamanya ketika menghampiri musim tempahan kalendar hujung tahun.
Free Delivery Ke Semenanjung Malaysia
Free delivery ke Semenanjung Malaysia tersedia untuk tempahan yang memenuhi syarat penghantaran kami.
Hubungi kami untuk pengesahan penghantaran mengikut kuantiti dan lokasi anda.
File Design Yang Diterima
Sediakan artwork header dalam format berkualiti tinggi untuk mendapatkan hasil printing yang lebih baik.
Adobe Illustrator
Format yang paling digalakkan untuk artwork vector, logo dan typography.
Adobe Photoshop
Pastikan artwork mempunyai resolution yang mencukupi mengikut saiz printing.
Canva
Export design sebagai PDF berkualiti tinggi sebelum dihantar kepada kami.
Download Template Kalendar 2027
Gunakan template PDF mengikut saiz pilihan untuk menyediakan artwork dengan ukuran dan positioning yang lebih tepat.
Buat Design Kalendar Menggunakan ChatGPT atau AI
Anda boleh menggunakan ChatGPT atau AI untuk menghasilkan design custom pada bahagian header kalendar.
- Gunakan template PNG yang disediakan
- Ikut nisbah dan saiz yang betul
- Gunakan artwork high resolution
- Pastikan content penting berada dalam safe area
- Background perlu extend sehingga full bleed
- Tiada crop mark, guide line atau template marking pada artwork akhir
Semak artwork sebelum printing
Pastikan teks, nombor telefon, website, logo, ejaan dan resolution adalah tepat sebelum artwork dihantar ke production.
Cara Tempah Kalendar 2027
Pilih Jenis Kalendar
Racing Horse atau Islamic Calendar 2027.
Pilih Saiz
Medium, Large atau Extra Large.
Tentukan Kuantiti
Maklumkan jumlah yang diperlukan untuk quotation.
Sediakan Artwork Header
Gunakan template mengikut saiz pilihan.
Semakan Artwork
Artwork diperiksa sebelum production.
Confirm Tempahan
Sahkan quotation, artwork dan spesifikasi.
Printing & Delivery
Tempahan diproses, dipacking dan dihantar.
Printing Kalendar Sejak 2013
Thrive Impact Resources menyediakan servis printing sejak 2013, termasuk printing kalendar dan bahan promosi untuk syarikat, organisasi serta pelbagai jenis perniagaan.
Untuk tempahan Kalendar Kuda 2027, kami membantu pelanggan dari pemilihan saiz, penyediaan template dan semakan artwork sehingga proses printing dan penghantaran.
Tempah Kalendar Kuda 2027 Untuk Syarikat Anda
Pilih Racing Horse atau Islamic Calendar 2027 dalam saiz Medium, Large atau Extra Large. Hubungi kami untuk quotation mengikut kuantiti yang anda perlukan.