Pernah tak anda perasan, warna design yang nampak cantik dan terang di skrin jadi sedikit pudar atau berbeza bila dicetak? Itu perkara biasa dalam dunia percetakan, dan sebab utamanya ialah perbezaan antara warna RGB dan CMYK.
Apa Itu Warna RGB?
RGB bermaksud Red, Green, Blue (Merah, Hijau, Biru). Ia digunakan untuk paparan digital seperti skrin komputer, telefon, dan TV.
Skrin menghasilkan warna dengan cahaya, jadi warnanya nampak lebih terang dan bercahaya.
Contoh: Jika anda membaca artikel ini , melihat phone, komputer, notebook dan menonton tv warna dipaparkan adalah warna RGB.
Apa Itu Warna CMYK?
CMYK bermaksud Cyan, Magenta, Yellow, dan Key (Black). Ia digunakan dalam proses percetakan fizikal seperti digital print, offset, atau inkjet.
Berbeza dengan skrin, printer tidak memancarkan cahaya, sebaliknya mencampur dakwat untuk menghasilkan warna. Sebab itu warna cetakan biasanya nampak sedikit kusam atau lembut berbanding warna di skrin.
Kenapa Warna Tak Sama Antara Skrin dan Cetakan?
Mod warna berbeza – Skrin guna RGB, printer guna CMYK.
Cahaya vs dakwat – RGB berasaskan cahaya, CMYK berasaskan dakwat.
Jenis kertas & mesin cetak – permukaan kertas, jenis dakwat, dan kalibrasi mesin juga boleh mempengaruhi tona warna.
Cara Dapatkan Warna Cetakan Yang Tepat
Gunakan mod CMYK semasa mereka design untuk cetakan.
Elakkan warna terlalu neon atau terang (contohnya hijau lime atau biru elektrik) kerana warna tersebut sukar diterjemahkan dalam CMYK.
Kesimpulan
Warna RGB dan CMYK memang berbeza kerana ia digunakan untuk dua tujuan berbeza — RGB untuk paparan digital, manakala CMYK untuk hasil cetakan sebenar. Jadi apabila warna design kelihatan sedikit berbeza selepas dicetak, itu bukan kesilapan mesin, tetapi perbezaan semula jadi antara dua sistem warna ini.
Contoh Ringkas
Skrin / Telefon
Mod Warna: RGB
Jenis Warna: Terang & bercahaya
Kegunaan: Design digital
Cetakan
Mod Warna: CMYK
Jenis Warna: Lembut & semulajadi
Kegunaan: Printing sebenar
Anggaran CMYK: C:0% M:100% Y:100% K:10%
Anggaran CMYK: C:0% M:10% Y:100% K:0%



