Template Sampul Raya

Khas untuk Designer, download template PDF, PSD, AI & Canva secara percuma untuk anda reka design sampul duit raya sendiri. Bila design dah siap, hantarkan softcopy ke WhatsApp kami untuk proses printing. Serlahkan kreativiti anda untuk Hari Raya 2026 ini!

Anda Design Kami Print

Download Template Mulakan Design Anda Buat Tempahan Kami Printing & Packing Kami Delivery Ke Tempat Anda
 

Muatturun Template Percuma

Kami sarankan guna Adobe Illustrator untuk hasil cetakan yang paling cantik dan tepat warnanya, kerana perisian ini guna format vektor yang direka khusus untuk kerja-kerja percetakan.

Tapi jangan risau kalau tak mahir, boleh juga guna Photoshop, Canva, atau Procreate (iPad).
Untuk design sampul raya dengan hot stamping, hanya fail Adobe Ilustrator (vektor) diterima.

Saiz Template:
Menegak – 154mm × 79.5mm & 165mm × 85mm
Melintang – 79.5mm × 154mm

Format & Perisian yang Disokong:

  • Adobe Illustrator: Fail Ai & PDF (vektor)
  • Adobe Photoshop: Fail PSD
  • Canva: Boleh upload Fail PDF & PNG (transparent) untuk design
  • Procreate: Boleh upload Fail PSD, PDF & PNG (transparent) untuk design

Semua template direka mengikut saiz standard sampul raya kami bagi memastikan hasil cetakan lebih tepat dan kemas.

Semakan artwork adalah percuma anda boleh siapkan design terlebih dahulu dan hantar kepada kami untuk semakan.

Pastikan fail dihantar dalam format asal (AI, PSD, dan sebagainya) atau dalam bentuk PDF. Untuk design menggunakan Canva, sila hantar dalam format PDF sahaja. Procreate (iPad) boleh hantar dalam PSD tau PDF.

Panduan & Cara Guna Template Sampul Raya

Panduan cara menyediakan artwork untuk proses pencetakan supaya hasil cetakan berkualiti dan cantik. Muat turun template, reka design anda menggunakan perisian pilihan, kemudian hantar kepada kami. Kami akan semak secara percuma dan uruskan selebihnya untuk anda.

Muat turun fail template
Pilih format yang sesuai (AI, PSD, PDF, atau PNG Transparent) dan tekan butang muat turun.

Buka fail dalam perisian reka bentuk
Gunakan Adobe Illustrator untuk format AI atau Adobe Photoshop untuk format PSD. Fail PDF dan PNG boleh dibuka di hampir semua aplikasi reka bentuk termasuk Canva.

Edit dan sesuaikan rekaan
Tukar warna, teks, atau logo mengikut identiti jenama anda. Pastikan saiz kekal pada 154mm × 79.5mm atau 167mm × 85mm (potret).

Simpan dan sedia untuk cetakan
Setelah siap, simpan fail dalam format PDF berkualiti tinggi sebelum dihantar ke percetakan.

Garis Panduan Penggunaan Template

Full Bleed
Lebarkan dan panjangkan background design anda ke garisan hijau ini atau melebihi garisan pada semua sisi.

Trim Size
Line merah ini kawasan sampul raya akan dipotong. Apa-apa elemen design yang tertinggal luar garisan ini akan dipotong.

Safe Zone
Semua content penting seperti gambar, perkataan, dan logo mestilah disimpan di dalam garisan ini.

Dotted Lines …….
Garisan pemisah bahagian belakang, depan sampul raya dan juga penutup atas serta bawah sampul — jika anda mahu buat warna berbeza.

cara guna template

Percetakan kami menggunakan warna CMYK.

Gunakan mod warna CMYK dengan resolusi 300dpi semasa mereka bentuk menggunakan Adobe Illustrator atau Adobe Photoshop.

Bagi pengguna Canva, semua reka bentuk dihasilkan dalam mod RGB, dan mungkin terdapat sedikit perbezaan warna apabila ditukar kepada CMYK semasa proses percetakan. Kami akan memaklumkan kepada anda sekiranya terdapat perubahan warna yang ketara.

Elakkan penggunaan warna yang terlalu terang atau berasaskan neon bagi memastikan hasil cetakan lebih tepat dan konsisten.

Disebabkan font yang digunakan dalam design anda mungkin tiada pada sistem kami, ia boleh menyebabkan masalah missing font semasa proses cetakan. Sila ikuti panduan di bawah untuk mengelakkan isu tersebut:

Adobe Illustrator:
Gunakan fungsi Create Outline pada semua font bagi memastikan tiada masalah missing font.

Adobe Photoshop:
Pastikan resolusi ditetapkan pada 300dpi atau lebih, dan lakukan Rasterize Type sebelum menyimpan dalam format PDF.

Canva:
Canva tidak mempunyai fungsi Create Outline, namun anda boleh simpan fail dalam format PDF, dan kami akan bantu menukar font kepada outline supaya font yang anda guna kekal sama semasa dicetak.

Font Size:
Gunakan saiz font minimum 5pt. Elakkan penggunaan font yang terlalu nipis (thin font) supaya teks lebih jelas dan tidak kabur selepas dicetak.

Elakkan membuat garisan (line) kurang daripada 0.25pt.

line

1. Pastikan semua imej berada dalam mod warna CMYK

2. Pastikan resolusi semua imej anda ditetapkan kepada atau melebihi 300 dpi untuk mengelakkan gambar/background yang ada pada sampul raya kabur dan berpiksel

image dpi

Sebut Harga

Fill out the form below, and we will be in touch shortly.

Sila isi nama.
Sila masukkan email yang sah.
Sila isi negeri.
Sila tandakan 'I’m not a robot'.
Borang ini akan membuka WhatsApp (Web atau App). Pastikan WhatsApp tersedia pada peranti anda. Secure Form – Honeypot Enabled
Material Paper
linen paper
Linen Paper 140gsm

Spesifikasi

  • Paper Linen Paper 140 gsm
  • Permukaan: Texture
  • Minimum Order Quantity (MOQ): 100 pcs
art paper
Art Paper 157gsm + Matt Laminated

Spesifikasi

  • Paper Art Paper 157 gsm
  • Finishing: Matt Laminated
  • Permukaan: Smooth
  • Minimum Order Quantity (MOQ): 100 pcs
metallic paper
Metallic Paper 150gsm

Spesifikasi

  • Paper Metallic Paper 150 gsm
  • Permukaan: Metallic (Shimmer)
  • Minimum Order Quantity (MOQ): 100 pcs
Gloss Art Paper 130gsm

Spesifikasi

  • Paper Gloss Art Paper 130 gsm
  • Permukaan: Glossy
  • Minimum Order Quantity (MOQ): 600 pcs
sampul raya hot stamping
Hot Stamping Gold

Spesifikasi

  • Finishing: Hot Stamping - Gold
  • Minimum Order Quantity (MOQ): 600 pcs
  • Material Tersedia: Gloss Art Paper, Linen Paper dan Art Paper sahaja