Terma Dan Syarat

Pelanggan yang dihormati, sila baca maklumat berikut sebelum menggunakan laman web ini. Kami merujuk kepada www.sampulraya.com.my sebagai laman rasmi tempahan sampul raya. Anda merujuk kepada pelanggan yang membuat tempahan dan bersetuju dengan terma serta syarat yang ditetapkan.

1. Senarai Harga
Harga yang dinyatakan adalah untuk satu reka bentuk bagi setiap kuantiti tempahan. Contohnya, 10,000 keping adalah untuk satu reka bentuk sahaja dan tidak boleh dicampur dengan reka bentuk lain.

2. Design Sampul Raya Percuma
Reka bentuk ready-made telah disediakan untuk pilihan anda. Anda boleh menambah maklumat atau menukar warna tanpa caj tambahan.

3. Servis Design Custom Made
Kami tidak menawarkan servis design custom. Anda boleh gunakan design percuma dengan penambahan logo atau maklumat lain. Template kosong boleh dimuat turun secara percuma. Semakan artwork adalah percuma.

4. Tempoh Proses Tempahan
Tempoh siap 8–14 hari bekerja, bermula selepas artwork disahkan dan pembayaran diterima.

5. Pembayaran
Deposit: 60% diperlukan bagi pelanggan yang mengambil sendiri di kedai.
Pembayaran penuh: Diperlukan untuk penghantaran.
Kaedah pembayaran: Pindahan bank, cek, atau tunai (rujuk nombor akaun pada invois).

Penama: Thrive Impact Resources
Bank: OCBC Bank Malaysia

6. Hak & Tanggungjawab Pelanggan
Pelanggan bertanggungjawab memastikan artwork yang diberikan sah dan tidak melanggar hak cipta pihak ketiga. Sebarang perubahan atau pembatalan perlu dimaklumkan segera dan tertakluk kepada polisi syarikat.

7. Penghantaran Percuma
Penghantaran percuma ke seluruh Semenanjung Malaysia bagi satu alamat. Untuk Sabah, Sarawak, dan Singapura, caj tambahan dikenakan mengikut kuantiti dan lokasi. Sila hubungi kami untuk pengiraan kos.