Assalammualaikum dan Salam Sejahtera!
Pejam celik, tak lama lagi Raya 2026 akan menjelma! Persoalan wajib setiap kali menjelang Syawal pasti: “Nak pilih warna baju raya apa tahun depan?”
Untuk membantu anda, kami telah menyelidik data trend fesyen antarabangsa dan warna yang diminati di Malaysia bagi meramalkan Trend Warna Baju Raya 2026.
Pemilihan warna tema yang tepat adalah kunci untuk menampilkan kekuatan personal branding keluarga dan memastikan keseragaman yang elegan dalam setiap foto perayaan.
Warna Baju Raya 2026: 9 Tona Utama untuk Tema Keluarga
#TeamRelax – Tema Baju Raya Elegan & Eksklusif
Teal Blue
Kod: #00666C | CMYK: C91 M44 Y50 K19
Teal blue, gabungan hijau dan biru, adalah pilihan premium yang memberikan aura eksklusif, moden, dan menenangkan.
Dusty Pink
Kod: #C9A5AE | CMYK: C5 M30 Y10 K0
Pink dusty ini memberi vibe klasik dan lembut, sesuai untuk gaya subtle dan elegan.
Mint
Kod: #AEDAB5 | CMYK: C30 M0 Y20 K0
Hijau pastel yang lembut dan menenangkan, paling sesuai untuk tema moden, tenang dan friendly.
#TeamCeria – Tema Baju Raya Ceria
Fuchsia
Kod: #ED2E92 | CMYK: C0 M81 Y38 K7
Pink-magenta terang yang catchy dan menyerlah, popular untuk keluarga muda yang suka standout.
Yellow
Kod: #D8E25A | CMYK: C19 M0 Y80 K0
Lime yellow ini memberi vibe joyful dan energetic, lambang semangat Hari Raya.
Orange
Kod: #F47E52 | CMYK: C0 M64 Y73 K0
Coral lembut yang memberi aura friendly dan photogenic, sesuai untuk tema pastel lively.
#TeamClassic – Tema Baju Raya Tradisional & Timeless
Black
Kod: #000000 | CMYK: C0 M0 Y0 K100
Hitam klasik yang melambangkan kekuatan, elegan dan sentiasa relevan sepanjang zaman.
Navy Blue
Kod: #001F5B | CMYK: C100 M93 Y32 K32
Navy blue membawa aura matang dan eksklusif, sesuai untuk gaya korporat atau majlis formal Raya.
Brown
Kod: #6B4226 | CMYK: C40 M70 Y80 K50
Warna coklat yang hangat dan natural, sesuai untuk tema klasik dan tradisional Melayu.
Vote Warna Pilihan Anda
Soalan Lazim Berkaitan Warna Baju Raya
Warna Teal Blue, hijau kebiruan, dijangka menjadi popular dan trending untuk Raya 2026, diinspirasikan daripada Alexandrite Pantone mengikut Pantone Fashion Color Trend Report 2026.
Warna ini menonjolkan aura eksklusif, moden, dan elegan, sesuai untuk gaya Raya yang premium. Berikut adalah soalan lazim (FAQ) tentang padanan warna Teal Blue termasuk tudung, samping, dan kasut:
Warna teal blue sesuai dipadankan dengan tudung yang lembut atau sedikit kontras.
Antara pilihan terbaik:
Soft grey / silver – nampak sejuk dan elegan.
Cream / ivory – lembut dan cerah untuk suasana Raya.
Maroon / mustard / dusty pink – bagi seri dan kontras manis.
White / nude / mocha – neutral dan senang digayakan.
💡 Tip: Pilih tudung bercorak halus atau satin lembut untuk gaya lebih eksklusif di pagi Raya.
Untuk baju melayu teal blue, warna samping yang sesuai bergantung pada gaya yang diinginkan:
Klasik & segak: Silver, cream, atau champagne gold.
Moden & kontra: Maroon, mustard, atau emerald green.
Minimalis: Charcoal grey atau beige.
💡 Tip: Elak samping warna biru tua — nanti warna terlalu “bercampur” dan tak menonjol.
Kasut memainkan peranan penting untuk seimbangkan keseluruhan gaya.
Antara padanan terbaik:
Coklat gelap / coffee brown – paling selamat dan maskulin.
Tan / caramel – lembut dan moden, sesuai dengan samping cerah.
Hitam – sesuai jika samping juga warna gelap.
Burgundy / oxblood – nampak mewah dan eksklusif.
💡 Tip: Kasut kulit matte atau semi-gloss nampak lebih kemas daripada yang terlalu berkilat.
Sumber Rujukan Warna Baju Raya 2026
Kami excited nak kongsikan ramalan trend warna ni dengan anda semua!
Tapi, sebelum itu, disclaimer ringkas dari kami:
Dari Mana Warna Trend Ni?
Pilihan warna di bawah kategori #TeamRelax dan #TeamCeria adalah hasil analisis dan ramalan daripada laporan trusted global, terutamanya:
Pantone Fashion Color Trend Report (NYFW S/S 2026)
WGSN & Coloro (Key Colours S/S 2026)
Tentang Warna Klasik:
Bagi kategori #TeamClassic, warna-warna ini (seperti Black, Navy Blue, Brown) tidak memerlukan rujukan trend rasmi kerana ia adalah asas fesyen yang kekal relevan sepanjang zaman. Ia adalah “jalan selamat” yang dijamin elegan!
Guna Sebagai Inspirasi!
Anggap senarai warna dan kod di sini sebagai inspirasi utama. Akhir sekali, pilihlah warna yang buat anda dan keluarga rasa paling gembira dan yakin!
Selamat merancang baju raya! ❤️

